Setelah Sekian Lama berdiam Diri, Akhirnya Along Cham Tampil DEDAH Perangai Sebenar Isterinya. Sedih Baca Luahan Beliau Ni...



IBU BAPA SAYA KEJAM?

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.

"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya.

MANA PERGI NALURI IBU?

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?"

TAK LARANG JUMPA ANAK

"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya?

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan.
 
"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami,"

Along kini telah menfailkan saman nusyuz terhadap isterinya, Zila kerana tindakannya keluar tanpa meminta izin suami.


sumber

0 Response to "Setelah Sekian Lama berdiam Diri, Akhirnya Along Cham Tampil DEDAH Perangai Sebenar Isterinya. Sedih Baca Luahan Beliau Ni..."

Post a Comment