Orang Tua Cina ini 'Pungut' bayi Melayu dalam tong sampah, Membela hingga besar dan akhirnya...





Orang Tua Cina ini 'Pungut' bayi Melayu dalam tong sampah, Membela hingga besar dan akhirnya... | Sedang duduk di pejabat pertanyaan, datang seorang perempuan tua berbangsa Cina berumur 60 tahun bersama dengan dua orang kanak-kanak lelaki.
-Saya hairan kerna kanak2 tersebut memanggil wanita tua itu 'mummy'.

-Hairan, kedua-dua kanak2 itu langsung tiada iras2 wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun 
bertanya kepada wanita itu.

"Aunty, budak dua orang ini siapa?"

"Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Manakala Jefri pula ditinggalkan oleh
 ibunya & keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga," katanya.

-Saya pun tergamam seketika. 

"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi 
ke kelas agama & mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan," jelasnya.

-Sekali lagi saya terpegun. Ini adalah sisi mulia dari orang yg bukan sebangsa dan seagama yg tak pernah saya lihat sebelum ini. 

-Di Sabah sebenarnya perkara ini adalah sesuatu yang biasa berlaku. Menghormati kepercayaan dan pegangan agama yg lain membuatkan kita seolah-olah berada di dalam sebarisan pelangi yang berwarna-warni.

-Dengan melalui sendiri peristiwa gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini, saya percaya ikatan tali keharmonian di sini tak pernah kusai. Malah bertambah utuh dan padu.

0 Response to "Orang Tua Cina ini 'Pungut' bayi Melayu dalam tong sampah, Membela hingga besar dan akhirnya..."

Post a Comment