Zaman teknologi sekarang, ramai yang mudah terpedaya dengan skim-skim cepat kaya ni. Yaa, memang sekarang ramai orang nak kaya cepat, nak-nak lagi yang student tu tapi bukannya dengan skim-skim seperti ini. Sebelum nak terjebakkan diri dalam skim semua ni, lebih baik kita kaji dulu asal usul skim yang kita nak masuk tu.
Jangan sampai nasi menjadi bubur, menyesal pun dah tak guna. Mari kita baca kisah seorang siswazah ni yang ditipu hidup-hidup oleh kawan sendiri.
Kisah benar mengenai ujian yang menimpa hidup aku, Kebiasaannya kita selalu mendengar ayat hikmah yang berbunyi Allah tidak akan menguji hambanya, mengikut kemampuan hambanya.
Pada tahun 2013 aku menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan, sebaik 5 bulan tamat kursus kerjaya aku diterima bekerja di sebuah syarikat jepun. Kisahnya bermula pada hujung akhir tahun 2013 sahabat lama aku secara tiba-tiba menghubungi aku , Biasalah kawan lama hubungi aku untuk bertanya khabar, pada mulanya aku tidak berperasangka buruk pun pada dia walaupun kami bukan kawan rapat masa zaman universiti dulu. Apabila ditanya mengenai kerjaya dia, kawan aku tu kata dia dah berjaya buka sebuah spa kecantikan hasil usahanya sendiri di KLCC , siap pelawa aku lagi join kursus keusahawanan dia, dia pun bangga sebab tak perlu hidup makan gaji lagi lepas universiti. Dia ajak aku join ke program tersebut tapi aku tak nak sebab masa tu aku sangat sibuk dengan presentation kerja.
Dari hujung tahun 2013 hinggalah ke tahun 2014 aku masih lagi bekerja di syarikat yang sama , baru sahaja genap 8 bulan bekerja kawan aku tadi tiba-tiba contact semula aku, Kali ni betul-betul ajak jumpa dan dia siap tanya bila hari yang aku cuti? sebab dia nak jumpa, pendekkan cerita dia datang kerumah aku pelawa aku ke spa dia dan tunjuk dekat aku bisnes yang dia tengah buat sekarang, Mula2 kata nak bawak pergi spa lepas tu aku dibwa pergi ke dalam sebuah tempat, tempat tu ramai orang pakai baju yang smart semua macam sibuk buat sesi sharing prospek. Masa tu hati tak terlintas pun nak cakap benda tu bisnes MLM, sebab kawan aku kata itu semua partner dia yang buka spa secara franchise, aku pun percaya bulat – bulat kata dia, dia bawak aku tour dalam tempat tu dari start bertemu dengan orang baru sampailah kepada produk2. Aku cuma ikut je dia tak banyak cakap, lepas tu depan kawan2 dia ajak terus letaketulandah hujung bulan 3 gaji aku keluar dia suruh kumpulkan semua modal cukupkan jumlah RM 2500 tu, aku ikut semua cerita dia sebab masa tu fikir nak belajar bisnes. Kemudian tak sampai seminggu aku labur 2.5k tu dia sekali lagi mintak aku buat loan??? aku memang teragak-agak sebab aku tak nak berhutang.
Kali ni dia whatsapp aku dan masukkn aku dalam group chat whatsapp dalam tu ramai partner2 baru dapat whssap selamat datan satu borang ahli surat aku isi yuran ahli dalam RM80 aku masa tu dah terkebil2 masa tu dalam purse tak bawak duit, dia cakap tak apa isi jer..
Orang selalu pesan kalau ada masalah tak patut cerita dekat orang yang salah, aku memang tak berminat nak cerita tapi hari kejadian tu aku adalah cerita sikit2 masalah biasa, okla mula-mula macam banyak bagi support pura-pura caring tapi tak sangka pula kawan aku ni ada udang di sebalik mee !! sejak jumpa kunjungan aku ke spa tu kawan aku setiap hari whassap aku, ajak join buka spa macam dia dan berjaya macam dia, dia siap tunjuk slip gaji lagi adalah angka 5k-8k katanya hasil dia buat bisnes join spa ni.Tempat ni agak femes orang panggil segitiga emas tempat di area KLCC, bole je naik train nak ke tempat ni senang jumpa tapi ramai orang tak tahu disebalik bangunan yang gah di tengah2 bandar KL tu ada tempat puaka ni. Minggu pertama ajak aku keluar modal RM 2500 siap tanya bila gaji aku bulan ni nak masuk? simpanan asb ada berapa? ada emas simpanan tak? so aku yang luus bendul ni ceritalah kat dia semua, kebg dan ucap tahniah dan minta aku fight cash untuk level seterusnya, nak tau fight untuk ape? fight modal cash atau Loan 30k, sebelum fight tu kawan aku dan geng dia bawak aku pergi ceramah keusahawan yang kononnya anjuran 1 malaysia. Dalam tu ramai bekas jurutera dan penjawat awam yang berhenti kerja untuk join bisnes ni, pakai baju smart dan kereta sport yang tak kalahnya jutawan2 kat malaysia ni! lepas balik dari ceramah tu terus kawan aku bawak aku dan team dia lepak kedai mamak area berdekatan katanya nak buat sesi sharing, pendekkan cerita kawan aku terus letak 3 kertas loan untuk aku tulis dan bagi tahu bertapa hebatnya bisnes ni, sampailah pukul 3 pagi aku still di KL sesi sharing balik rumah kawan aku hantar dalam pukul 6 pagi baru aku sampai rumah, dahla waktu tu aku masuk kerja pagi pergi kerja pun dah mengantuk sangat2 memang tak ada kualiti sejak terjebak dengan benda ni.
0 Response to "Kerana Tertipu Dengan MLM, Siswazah Ini Muflis Di Usia Muda"
Post a Comment